It could be vice versa sebab lagu ni sebenarnya asalnya dari Maliq & D'essentials tetapi diberi nafas baru oleh Atilia. Kalau korang dengar original punya version dia punya tempo tak selaju ni but a bit slower. So, in honour of the original artiste, aku letaklah Maliq punya nama dulu. Anyway, both are such great acts, tada tipu punya.
Lagu ni pasal dua orang - lelaki dan perempuan pada dahulunya berkawan (atau berteman) biasa sahaja dan dah kenal 10 tahun tetapi lama-kelamaan dah datang bibit2 cinta. Sekarang ni masing2 tak tahu sama ada nak confess perasaan masing2 or not sebab nanti kalau confess, takut dah tak boleh jadi kawan macam dahulu lagi.
Korang mesti pernah terkena perasaan macam ni kan? Apa nak buat kalau terjebak dalam situasi macam ni? Well, kalau aku, kalau aku masih single (nasib baik dah kahwin), aku akan fikir dulu, list down (or map it in your mind) the consequences. Love is like an investment. You put down your money (your feelings) towards an investment (the person you fancy). If it hits the high note, you'll yield dividend (get love), if unsuccessful, you will suffer losses (rejection). Of course there's always market volatility (mood swings) and risks which you will have to face.
Sebelum aku bertukar menjadi Dr Phil, dengarlah lagu ni.
OK, ini sangatlah random. Di kala aku tengah buat kerja yang tak reti2 nak habis ni tiba2 dalam hotak aku terngiang-ngiang lagu dari Backstreet Boys ni. Lagu "I'll Never Break Your Heart" ni sangatlah menusuk kalbu dan teringatlah kembali akan nostalgia si zaman sekolah menengah. Bladihel wei. Apehal aku tiba2 teringatkan kat lagu ni? Entahlah. Probably stress yang aku dah tak boleh nak hack lagi. Too much brunt and all I know is to grunt about it.
Lagu ni dikelurkan pada akhir tahun 1995, masa ni baru habis PMR kalau tak silap aku. Aku taklah terer sangat PMR result aku. Takat 5A, 2B 1C aje. Nak tau C tu apa? Bahasa Melayu. Time tu dikenali sebagai Bahasa Melayu sebelum ditukar kepada Bahasa Malaysia dan sekali lagi ditukar ke Bahasa Melayu dan kemudian ditukar balik ke Bahasa Malaysia. Inilah jadinya bila setiap kali pilihanraya atau rombakan kabinet, menteri yang menerajui kementerian pelajaran (ke pendidikan?) akan menukarkan bahasa yang dipanggil Melayu ke Malaysia dan pusing balik. Ikut sedap hati aje. Yang susah sapa? Pelajar2 sekolah jugak. Aku sangat malu sebab bahasa ibunda sendiri boleh dapat result teruk padahal bahasa penjajah siap boleh score lagi. Menjengkelkan. Memalukan. OK jangan nak berlagak pandai macam politician.
OK sedikit ancient history pasal lagu ni. Lagu ni patutnya dinyanyikan oleh Keith Martin tetapi pihak management telah memberikan lagu yang bertajuk "I'll Never Find Someone Like You" kepada Keith dan lagu "I'll Never Break Your Heart" ni diberi kepada BSB. Cuba korang bayangkan kalau lagu ni Keith Martin yang nyanyi? OK ke? Ada macam Sheila Amzah nyanyi lagu "Just The Way You Are"?
OK, kepada mereka yang baru aje break dengan balak atau awek korang, janganlah bersedih. Janganlah nak tendang tong sampah (oops!), nak slit your wrist, nak strangle yourself ataupun nak terjun bangunan ke sebab life is worth much more than that. Kepada yang beragama Islam tu, berfikirlah secara rasional. Dekatkan diri kepada Tuhan, Insyallah dengan berkat-Nya korang can get through it. Trust me, I've "been-there-done-that" before. Tapi takdelah sampai nak slit wrist ke ke or strangle myself ke. Itu emo setan dah rasuk. Uishh. Jiwang sawang. Ok dengar ajelah ok.
Remember my previous post about my love with toy cars? Well, I think I have re-ignited an old flame. Very old in fact. I have created a new blog specially dedicated to my "reconciled" love (I can't use the term "NEW" as I have fallen in love with this hobby when I was a kid). Please click the link below to see my collection of toy cars.